KOPRA dalam usaha untuk mempertingkatkan taraf ekonomi pekebun kecil telah mengorak langkah untuk mempertingkatkan aktiviti pemasaran produk makanan ringan yang telah diusahakan oleh pekebun kecil dengan rancangan untuk mengadakan BENGKEL PEMBUNGKUSAN DAN PELEBELAN yang akan menyediakan mesin pembungkusan untuk kemudahan pengusaha pengusaha
Sehubungan itu, KOPRA telah menghantar Pengurus dan Penyelia Pemasaran untuk menghadiri Kursus GHP di MARDI Serdang pada 17 hingga 21 Januari 2010 yang dianjurkan oleh ANGKASA sebagai langkah permulaan kepada projek pembungkusan dan pemasaran produk makanan ringan oleh KOPRA.