Friday, 12 February 2010

CADANGAN PROJEK TAPAK SEMAIAN HERBA

KOPRA berhasrat untuk menceburi Industri Berasaskan Herba selaras dengan Program Satu Daerah Satu Industri dimana Daerah Raub akan dikenali dengan Industri Herba. Menyokong program yang dilancarkan oleh Kerajaan, KOPRA berhasrat untuk menjalankan Projek Tapak Semaian Benih Herba di Ladang Ulu Sungai. Projek ini selain untuk tujuan pasaran benih benih herba untuk pasaran tempatan, juga akan dipasarkan keperingkat nasional dan antarabangsa. Juga aktiviti hiliran seperti penghasilan produk berasaskan herba juga sedang dirangka dengan kerjasama Taman Teknologi Herba, Ulu Sungai.
 
  
 

KPK RAUB : MENCEBURI PERKHIDMATAN PENGENDALIAN LATIHAN

 
Kem Rekreasi Ulu Dong, Raub yang menjadi lokasi pengendalian kursus out door

 


CADANGAN PROJEK BENGKEL PEMBUNGKUSAN DAN PELEBELAN PRODUK MAKANAN RINGAN

 
Cadangan Lot Kedai Untuk Bengkel ( Bangunan MARA Daerah Raub )

 
Pengusaha dan Penjual Tepi Jalan Yang Memerlukan Pembungkusan Moden

 
  


SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

 
Suasana sebelum majlis bermula...

 
 

PERSIDANGAN ANGKASA PAHANG 3

 
Barisan Jawatan Kuasa yang dilantik....3 AJK terdiri dari KPK Raub

 
Ucapan Pengerusi

 
KPK Raub turut membuat promosi produk dan perkhidmatan..

KILANG GETAH KREP KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH SEGAMAT BERHAD

Kilang Getah Krep ini diusahakan oleh Tuan Haji Roslee yang bekerjasama dengan KPK Segamat serta dibawah bimbingan RISDA.
 
  
  
 

Tuesday, 2 February 2010

BARISAN AHLI LEMBAGA KOPERASI

 
Mesyuarat ALK di Bilik Gerakan RISDA Daerah Raub


Thursday, 28 January 2010

KURSUS GHP


KOPRA dalam usaha untuk mempertingkatkan taraf ekonomi pekebun kecil telah mengorak langkah untuk mempertingkatkan aktiviti pemasaran produk makanan ringan yang telah diusahakan oleh pekebun kecil dengan rancangan untuk mengadakan BENGKEL PEMBUNGKUSAN DAN PELEBELAN yang akan menyediakan mesin pembungkusan untuk kemudahan pengusaha pengusaha

Sehubungan itu, KOPRA telah menghantar Pengurus dan Penyelia Pemasaran untuk menghadiri Kursus GHP di MARDI Serdang pada 17 hingga 21 Januari 2010 yang dianjurkan oleh ANGKASA sebagai langkah permulaan kepada projek pembungkusan dan pemasaran produk makanan ringan oleh KOPRA.

UNIT PROJEK BERKUMPULAN




KOPRA dengan kerjasama Pihak RISDA telah akan menubuhkan Jawataknuasa Unit Projek Berkumpulan ( JUPB ) sebagai salah satu usaha untuk memantapkan ekonomi dan sosial dikalangan Pekebun Kecil melalui pendekatan organisasi yang bersatu. UPB diilhamkan oleh Pihak RISDA juga bertujuan untuk memaksimakan peranan Koperasi Pekebun Kecil kepada masyarakat dan Negara.
KOPRA telah berjaya menubuhkan 2 JUPB setakat ini dan merancang untuk menubuhkan lagi 10 JUPB pada tahun 2010. Melalui 12 JUPB ini, dijangkakan seramai lebihkurang 1,000 orang pekebun kecil ( pemilik kebun ) dapat ditadbir dibawah Jawatankuasa yang diurusetiakan oleh Koperasi dan dipantau oleh RISDA.
Pihak KOPRA amat berharap untuk mendapatkan pandangan balas dan cadangan dari mana mana pihak sebagai usaha untuk menjayakan dan memantapkan program ini...sebarang komen bolehlah di hantar ke email kpkraub@gmail.com


Sunday, 10 January 2010

TAWARAN KEKOSONGAN JAWATAN

Salam untuk warga raub..
Untuk makluman KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH RAUB BERHAD
sedang menawarkan kekosongan jawatan berikut :

PENOLONG PENGURUS ( RM 1500 - RM 2000 )
Kelulusan miniman Diploma. Keutamaan kepada yang berpengalaman dan bidang pengajian dalam Pertanian, Pengurusan Ladang, Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan atau setaraf. Lulusan Sijil Pertanian juga boleh dipertimbangkan sekiranya berpengalaman.

KERANI PENTADBIRAN ( RM 800 - RM 1000 )
Kelulusan minima SPM. Keutamaan yang mempunyai pengalaman perkeranian dan kemahiran komputer.

Untuk memohon sila hantar surat permohonan beserta gaji dipohon dan resume serta salinan sijil sijil berkaitan. Hantarkan kepada :

SETIAUSAHA
KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH RAUB BERHAD
24, JALAN PEKELILING, 27600 RAUB

Tarikh Tutup : 15hb Januari 2010

Keterangan lanjut : 09 355 3536

Terimakasih.