Koperasi Pekebun Kecil Daerah Raub (KOPRA) dalam membuat kajian awal dan permohonan kepada pihak RISDA bagi membina dan mengendalikan sebuah pusat crepe getah di daerah Raub. Tujuan utama aktiviti ini diceburi adala
h untuk memproses getah skrap yang dihasilkan oleh pekebun pekebun kecil yang merupakan sebahagian besar ahli KOPRA dan bagi tujuan tersebut, KOPRA akan menjalankan rancangan pembelian getah skrap secara intensif dan akan menawarkan harga belian yang lebih berbaik berbanding harga 'Orang Tengah' atau Pembeli sedia ada.
Juga melalui penghasilan getah crepe tersebut, adalah dijangkakan KOPRA akan memperolehi keuntungan perniagaan untuk menjayakan aktiviti aktiviti KOPRA kepada ahli.
KOPRA amat mengalu alukan maklumbalas dan bantuan mana mana pihak yang mempunyai pengetahuan berkenaan mesin crepe, produk getah crepe, peluang pasaran dan lain lain yang berkaitan. Sebarang maklumbalas boleh disalurkan melalui komen di laman blog ini atau melalui email wargaraub@gmail.com atau melalui talipon.
Perhatian pengunjung amatlah dihargai..