Tuesday, 8 December 2009

Kursus Perancangan Pelaburan Koperasi





Pengurus KPK Raub telah menghadiri Kursus Perancangan Pelaburan Koperasi anjuran MKM di Petaling Jaya. Melalui Kursus ini, aktiviti KPK Raub dalam aktiviti Pelaburan Saham Siar Harga yang telah dijalankan dapat dipertingkatkan. Selain pelaburan tersebut, KPK Raub juga telibat dalam pelaburan hartanah, saham tak siar harga dan simpanan tetap. Untuk perancangan kehadapan, KPK Raub sedang mengkaji untuk terlibat dalam pelaburan saham amanah.

Saturday, 14 November 2009

Ladang Kelapa Sawit KOPRA

Sekitar Koleksi Foto Ladang Kelapa Sawit Ulu Sungai Milik Koperasi Pekebun Kecil Daerah Raub Bhd Seluas 350 Ekar..teres telah disiapkan untuk tanaman kelapa sawit.

KURSUS TANAMAN DAN PENGELUARAN PRODUK HERBA







Wednesday, 30 September 2009

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI


Koperasi Pekebun Kecil Daerah Raub Berhad akan mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 16 Oktober 2009 ( Jumaat )
Bersamaan 27 Syawal 1430H

Masa : 09.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Perkarangan Pejabat KOPRA
24, Jalan Pekeliling, 27600 Raub

Tuan/Puan dipersilakan meluangkan masa hadir


Thursday, 24 September 2009

KILANG GETAH CREPE HJ ROSLEE, SEGAMAT


Selamat Hari Raya Aidilfitri

KOPRA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat khususnya kepada para anggota Koperasi. Semoga dengan kehadiran Syawal yang mulia ini, kita semua dapat merapatkan barisan saf didalam gerakan Koperasi untuk kebaikan dunia dan akhirat. Insyallah KOPRA akan menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri pada 16 Oktober 2009 ( Jumaat ) di Perkarangan Pejabat KOPRA, No 24, Jalan Pekeliling, Raub. Semua Dijemput Hadir...

Thursday, 17 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


KOPRA mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua anggota KOPRA dan muslimin serta muslimat semoga dengan hadirnya kemeriahan Aidilfitri ini kita semua terus bahagian dan makmur di bumi Malaysia yang tercinta...

Thursday, 3 September 2009

PERANCANGAN PUSAT CREPE GETAH

Koperasi Pekebun Kecil Daerah Raub (KOPRA) dalam membuat kajian awal dan permohonan kepada pihak RISDA bagi membina dan mengendalikan sebuah pusat crepe getah di daerah Raub. Tujuan utama aktiviti ini diceburi adalah untuk memproses getah skrap yang dihasilkan oleh pekebun pekebun kecil yang merupakan sebahagian besar ahli KOPRA dan bagi tujuan tersebut, KOPRA akan menjalankan rancangan pembelian getah skrap secara intensif dan akan menawarkan harga belian yang lebih berbaik berbanding harga 'Orang Tengah' atau Pembeli sedia ada.
Juga melalui penghasilan getah crepe tersebut, adalah dijangkakan KOPRA akan memperolehi keuntungan perniagaan untuk menjayakan aktiviti aktiviti KOPRA kepada ahli.

KOPRA amat mengalu alukan maklumbalas dan bantuan mana mana pihak yang mempunyai pengetahuan berkenaan mesin crepe, produk getah crepe, peluang pasaran dan lain lain yang berkaitan. Sebarang maklumbalas boleh disalurkan melalui komen di laman blog ini atau melalui email wargaraub@gmail.com atau melalui talipon.

Perhatian pengunjung amatlah dihargai..

Monday, 31 August 2009

PROJEK DIREKTORI USAHAWAN MELAYU DAERAH RAUB



KOPRA dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan dan kerjasama diantara usahawan usahawan Melayu di Daerah Raub telah memulakan projek menghasilkan Direktori Usahawan Melayu Daerah Raub.

Direktori ini adalah ruang dan peluang kepada anggota KOPRA khususnya dan Usahawan Melayu umumnya untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka secara percuma melalui maklumat yang disiarkan didalam Direktori. Selain itu, untuk mana mana syarikat yang berminat, halaman halaman untuk iklan juga disediakan dengan kadar bayaran yang amat rendah.\

Sebanyak 500 jilid direktori akan dicetak yang akan diedarkan dikalangan usahawan, agensi kerajaan , syarikat GLC dan Swasta serta lain lain pihak yang berkepentingan.

KOPRA menjemput dan mengalu alukan penyertaan semua. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Pejabat Urusan KOPRA sepertimana alamat yang tertera atau berhubung terus kepada Jamaludin ( Pengurus ) di talian 017-9252128.

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUN 2009


Mesyuarat Agung Perwakilan Tahun 2009 merupakan mesyuarat yang ke 14 kepada KOPRA. Mesyuarat yang telah diadakan pada 30 Jun 2009 ( Selasa ) bermula jam 09.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari itu telah diadakan di Pusat Kegiatan KEMAS Raub.

Mesyuarat yang melibatkan para perwakilan dari zon zon yangn telah mengadakan persidangan peringkat zon itu telah dirasmikan oleh YH Dato Haji Mujahid bin Muhamad, Pengarah RISDA Negeri Pahang.

Antara lain ucapan, Ybhg Dato Pengarah RISDA Ngeri Pahang telah mengumumkan bahawa untuk tahun kewangan 2008, KPK Raub mendapat tempat pertama di Negeri Pahang bagi perbandingan antara KPK KPK. Beliau berharap perancangan dan usaha yang lebih berwibawa dan strategik dibuat untuk meletakkan KPK Raub ketahap yang lebih baik dan dinamik.

Tuesday, 18 August 2009

SELAMAT DATANG

Koperasi Pekebun Kecil Daerah Raub Berhad (KOPRA) mengalu alukan kunjungan pengguna sekelian ke laman blog ini. Terimakasih kerana sudi mengenali dan berurusan dengan KOPRA melalui kemudahan ICT ini. KOPRA sebenarnya diperingkat awal untuk terlibat secara lebih efektif dan efesien untuk memantapkan peranan KOPRA melalui perkembangan teknologi yang ada. KOPRA jug amat mengalukan sebarang pandangan, komen, maklumat, pertanyaan dan apa sahaja yang pengguna fikirkan wajar. Silalah menghantar maklumat anda ke laman blog ini.

Terimakasih

AHLI DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Koperasi Pekebun Kecil Daerah Raub